PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK LKTP JENGKA 20
26400 BANDAR JENGKA PAHANG.

"MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT"

Friday, February 18, 2011

SEBUTHARGA SURAU


PIBG SK LKTP JENGKA 20
26400 BANDAR JENGKA.
TEL NO. 09-4664623


(RUJUKAN) SEBUTHARGA : CBA9143/04/03 Jld (95)

TARIKH : 18 Februari 2011

KENYATAAN SEBUTHARGA

1. Sebut harga adalah dipelawa untuk Individu-individu/Syarikat-syarikat
yang berminat untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:



MENJUAL KAYU DAN BAHAN BINAAN SURAU SERTA KERJA-KERJA MENGOSONGKAN DAN MEROBOH BANGUNAN SURAU SETERUSNYA MEMBERSIHKAN TAPAK BANGUNAN




2. Individu-individu/Syarikat-syarikat berkenaan boleh mengambil borang sebutharga di
PIBG SK LKTP Jengka 20 mulai 21/02/2011. Setiap borang berharga RM5.00.

3. Sebutharga ini akan ditutup pada 25/02/2011 (Jumaat). Borang sebutharga yang telah
dilengkap hendaklah dimasukkan ke PIBG SK LKTP Jengka 20 sebelum hari tersebut sebelum jam 12.00 tengah hari.

4. Pihak PIBG SK LKTP Jengka 20 tidak terikat untuk menerima sebutharga yang
tertinggi. Semua perbelanjaaan bersabit dengan kenyataan ini hendaklah ditanggung oleh Individu-individu/Syarikat-syarikat.

TARIKH DIBUKA : 21 FEBRUARI  2011
TARIKH TUTUP :  25 FEBRUARI 2011 (SEBELUM  JAM 12.00 TENGAHARI)


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,


( EN MAT SABRI BIN BASIR)
YDP PIBG
SK LKTP JENGKA 20

Wednesday, January 5, 2011

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN 2011

Bayaran Tambahan Persekolahan bagi Tahun 2011 boleh dibayar mulai 06 Januari 2011.



Tahun 1-5 sahaja
Bayaran Tambahan Persekolahan 2011
RM38.50
Sumbangan PIBG
RM46.00
Jumlah
RM84.50



Tahun 6 sahaja
Bayaran Tambahan Persekolahan 2011
RM38.50
Sumbangan PIBG
RM46.00
Kecemerlangan Tahun 6
RM100.00
Jumlah
RM184.50

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT MENYAMBUNG PERSEKOLAHAN 2011

Pihak PIBG SK LKTP Jengka 20 untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan murid-murid.  Bagi murid-murid tahun 1 selamat menempuah alam persekolahan.

Wednesday, December 1, 2010

MESYUARAT PENETAPAN BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2011

seperti surat jemputan yang diedarkan oleh SK LKTP JENGKA 20 yang bertarikh 29 November 2010.

Semua AJK PIBG  SK LKTP Jengka 20 dijemput hadir bagi mesyuarat tersebut sepertimana berikut:-

           Tarikh    :      02 Disember 2010 (Jumaat)
           Masa     :       9.00 pagi
           Tempat  :       Dewan SK LKTP Jengka 20
          
 Segala kerjasama dan komitmen ahli-ahli PIBG kepada sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.

Dari : Setiausaha PIBG Sesi 2010/2011

Monday, November 8, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN GRADUASI PRASEKOLAH TAHUN 2010

Seperti surat jemputan yang diedarkan oleh SK LKTP JENGKA 20 yang bertarikh 08 November 2010.

Semua AJK PIBG dan Ibubapa SK LKTP Jengka 20 dijemput hadir bagi anugerah tersebut sepertimana berikut:-

           Tarikh    :      12 November 2010 (Jumaat)
           Masa     :       8.00 pagi
           Tempat  :       Dewan SK LKTP Jengka 20
           Perasmi :       PPD MARAN

 Segala kerjasama dan komitmen ahli-ahli PIBG kepada sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.

Dari : Setiausaha PIBG Sesi 2010/2011

Monday, October 4, 2010

MESYUARAT KALI KE 3 Sesi 2010/2011

 Kepada:

Penasihat, Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Bendahari, Juruaudit dan AJK-AJK PIBG SK LKTP Jengka 20.

Adalah dimaklumkan mesyuarat AJK PIBG kali ketiga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 07 Oktober 2010
Hari      : Khamis
Masa    : 2.00 petang (SILA TEPATI MASA)
Tempat : Bilik Wawasan SK LKTP Jengka 20

* Surat makluman tidak dikeluarkan dan setiap AJK PIBG akan dimaklumkan melalui SMS.

Sekian harap maklum.

Pesanan ini disampaikan oleh : SU PIBG SK LKTP Jengka 20